Saturday, March 26, 2011

KESAN PENYALAHGUNAAN MEDIA TERHADAP MASYARAKAT

Posted by islam agamaku at 6:15 PM 0 comments
Sesungguhnya media kini sangat berkuasa dalam diri setiap individu. namun begitu, kita harus menerima hakikat bahawa media zaman sekarang memberikan kesan negatif meleihi kesan positif antaranya:

  • Televisyen- menjadi sumber hiburan masyarakat ketika kini. Kita dilekakan dengan pelbagai program yang berbentuk hiburan dan melalaikan. Sesetengah program yang disiarkan pula, ada menyiarkan adegan-adegan yang yang tidak sepatutnya dilihat oleh kanak-kanak
  • Radio- Mampu menjadi sahabat tatkala kebosanan. Menemani kita dengan lagu-lagu yang menyulam perasaan. Namun, alangkah sempurna jika setiap program radio melayu memperdengarkan bacaan suci Al-quran.
  • Internet- Tidak dapat disangkal lagi kekuasaannya terhadap masyarakat diseluruh dunia. Namun, internet juga merupakan  sumber bahan porno yang terbesar, yang mampu menjatuhkan akidah manusia.
Namun, sebagai umat Islam yang kuat dan mantap dari segi akidah, InsyaAllah, kita akan dijauhkan dari segala kemungkaran dan mampu menjadi seorang khalifah Allah yang sempurna. Amiiin....

ETIKA KOMUNIKASI ISLAM DAN KEWARTAWANAN DALAM ISLAM

Posted by islam agamaku at 5:58 PM 0 comments
Islam sejak awal-awal lagi telah memberi garis panduan etika mengenai bagaimanakah caranya seseorang menyampaikan keinginan, aspirasi dan lain-lain.Antara etika tersebut adalah:

  1. Qaulan sadida- isi pesanan harus jujur dan benar
  2. Qaulan ma'rufa- menyeru kepada kebenaran dan kebaikan
  3. Qaulan baligha- informasi yang disampaikan hendaklah berupa kata-kata yang mampu membekas dalam jiwa seseorang
  4. Qaulan maisura-informasi yang disampaikan hendaklah berupa ucapan yang layak dan baik untuk dibicara
  5. Qaulan karima- informasi hendaklah berupa perkataan yang mulia.

Jika kelima-lima etika ini dituruti, nescaya acuan dalam komunikasi tidak akan terjadi salah maklumat yang mampu memporak perandakan masyarakat.

Bagi konsep kewartawan dalam Islam pula, wartawan islam ialah wartawan-wartawan bebas.Akidah tauhid yang mantap dalam jiwa membebaskan mereka dari belenggu perhambaan  sesama manusia dan makhluk lain. Wartawan Islam bertugas demi mencari keredhaan Illahi. Bersenjatakan mata pena mereka berjihad menulis dan melapor berita dan maklumat atas dasar kebenaran dan keadilan bagi membentuk masyarakat agar bertakwa dan cintakan kebaikan...
Wallahualam...

CARA KOMUNIKATOR ISLAM DAPAT MENDEKATKAN DIRI DENGAN GOLONGAN REMAJA

Posted by islam agamaku at 5:40 PM 0 comments
Seorang komunikator yang baik memainkan peranan yang besar dalam mementuk masyarakat teutamanya golongan remaja memelui pendekatan seperti:

  • Menyeru kepada keimanan
  • Memberi peringatan dan amaran
  • Mengubah sesuatu dari negatif ke positif
  • Mencapai tujuan bersama
  • Memperbaiki mutu kehidupan di dunia dan akhirat
Kelekaan golongan muda hari ini terhadap Islam menyebabkan timbulnya pelbagai gejala yang amat menyedihkan dan seakan menjadi satu budaya. Jika seorang komunikator tidak bijak mencari cara unuk mengatasinya, maka rosak lah bangsa dan agama kita.
assalammualaikum..

METODE YANG DISARANKAN RASULLULAH DALAM MENCEGAH KEMUNGKARAN DAN CABARAN YANG DIHADAPI OLEH KOMUNIKATOR ISLAM

Posted by islam agamaku at 5:26 PM 0 comments
Beberapa metode telah dilaksanakan oleh Rasulullah S.A.W berdasarkan garis panduan daripada Allah s.w.t sebagaimana di dalam Al-Qur'an:

"Serulah kamu ke jalan Tuhanmu dengan hikmah (bijaksana) dan nasihat yang baik dan behujjahlah dengn mereka dengan sebaik-baiknya. Sesungguhnya Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalan-Nya dan Dialah yang mengetahui orang yang mendapat petunjuk" (al-Nahl : 125)

Sesungguhnya metode-metode yang disarankan dalam komunikasi dakwah ialah dengan hikmah (bijaksana), nasihat yang baik, dan berhujah sebaik-baiknya.

1.     Hikmah adalah kebijaksanaan,seorang yang mempunyai hikmah bercakap dan bertindak dengan penuh kebijaksanaan berlandaskan kebenaran seperti yang tercatat dalam Al-Quran dan Al-Hadis. Berkomunikasi dengan berhikmah ialah komunikasi dengan cara yang bijaksana, dalam batas-batas kebenaran, sesuai dengan situasi.
  • Hikmah dalam erti kemampuan memilih waktu untuk berbicara dan berkomunikasi.
  • Hikmah menguasai pemikiran dan jiwa masyarakat.
  • hikmah dalam berkomunikasi atau kemahiran berkomunikasi
     2. Nasihat yang baik bereti memberi peringatan,amaran, khabar gembira, janji dan   
         ancaman. Seperti mana para komunikator menggunakan perkataan yang lemah    
         lembut untuk memberi penerangan tentang Islam.

    3. Bermujadallah dengan cara yang baik bermaksud para komunikator mesti 
        berbincang dengan cara yang baik terutama ketika berhadapan dengan orang-
        orang yang memerlukan dalil dan bukti yang membuatkan mereka cinta kepada
        kebaikan dan kebenaran.

Walaubagaimanapun, para komunikator Islam berhadapan dengan pelagai jenis golongan masyarakat, antaranya,
  • Golongan  yang tidak  berTuhan
  • Golonagn yang mensyirikkan Allah
  • Golongan agama Samawi yang telah menyimpang dari ajaran Nabinya, seperti Nasrani yang memandang Jesus sebagai anak Tuhan
  • Golongan yang mengaku Muslim kerana faktor keturunan, harta, persekitaran dan telah membawanya kepada I'tiqad yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Sebagai kesimpulan,  seseorang komunikator itu bertanggungjawab menyedarkan masyarakat bahawa kejadian mereka di bumi ini adalah sebagai khalifah Allah. Manusia tidak boleh lalai dan sesat malah mereka yang berada di ambang kesesatan perlu ditarik dan disedarkan.Wallahualam...

Monday, March 21, 2011

PERANAN MEDIA DALAM SEBARKAN MAKLUMAT ISLAM

Posted by islam agamaku at 7:30 PM 0 comments

Peranan media Islam dalam penyebaran maklumat Islam



Media Islam memainkan peranan penting dalam menyebarkan informasi tentang Islam. Terdapat  5 peranan penting media dalam komunikasi Islam :-

  • Menyebarkan peranan Islam dan menjelaskan kebenaran kepada orang ramai-  Ini adalah penting agar dapat orang ramai tidak salah faham dengan maklumat yang diberikan.
  • Mempertahankan isu-isu yang berkaitan dengan kehidupan ummah- Ini dapat mempertahankan hak-hak umat islam agar tidak dicabuli oleh umat lain.
  • Menggunakan pendekatan dan kaedah yang bijaksana dalam menjayakan proses komunikasi yang berkesan. 
  • Melancarkan perang saraf terhadap musuh sebagai salah satu cara dakwah untuk menangkis serangan media Barat serta melemahkan hujah dan posisi mereka di samping mengukuhkan sasaran dan perspektif Islam.-
  • Menghadapi perang media propaganda asing serta melindungi ummah dari usaha yang menyesatkan. - Kini kita dapat lihat propaganda dari barat sangat berpengaruh dan dapat mempengaruhi minda dan pemikiran umat Islam.
okay! akhirnya.........siap jugak blog yang ni...harap rakan-rakan sedar akan pengaruh barat yang sedang membuka ruang di negara-negara Islam...Wallahualam....

HALANGAN DAN JENIS-JENIS MEDIA DALAM KOMUNIKASI ISLAM

Posted by islam agamaku at 6:42 PM
Sebagai seorang komunikator, lagi-lagi dalam era globalisasi  dan serba moden kini.....terlalu banyak halangan dan rintangan yang harus ditempuh bagi mengelakkan komunikasi kita berjaln lancar tanpa dipengaruhi oleh sebarang kekhilafan diri ...sebagai contoh:-

  1. Mengutuk orang
  2. Memperkecil-kecilkan orang lain
  3. Membocorkan rahsia orang lain
  4. Mengumpat orang
  5. Memuji berlebihan berbanding memuji Allah s.a.w
  6. Bertengkar
  7. Bercakap kotor 
Sebagai seorang muslim yang dikurniakan kesabaran yang tinggi, kita harus  berpegang teguh kepada pendirian kita agar kita dapat melaksanakan apa yang kita rancang dengan penuh kejayaan.  






okay..sekarang nak cerita pasal media pulak.  Kini, tiada masalah untuk kita mengetahui dan untuk mendalami ilmu agama kerana dengan adanya media-media dalam komunikasi Islam yang terdapat kini. Terdapat 7 Jenis media dalam Islam kesemuanya, iaitu :-
  • Al-Quran - Mukjizat suci Junjungan besar Nabi Muhammad S. A. W. bertujuan untuk mendidik dan memberi pertunjuk.
  • Jemaah/organisasi - Golongan ini tergolong dalam jenis media kerana ia merupakan cara komunikasi ketika melakukan aktiviti dakwah.
  • Lisan - Percakapan secara langsung boleh dikatakan berkesan tetapi kekurangannya dari segi mengingati dan kadang-kala sukar untuk difahami.
  • Tulisan - Bertahan lebih lama, ia mudah difahami dan murah.
  • Gambar - Antara media komunikasi tertua. Gambar boleh memberikan impak yang tidak termampu oleh tulisan.
  • Bahasa badan/perbuatan - Rasulullah selalu menunjukkan teladan yang baik kepada umat-umatnya, ini adalah satu cara untuk berdakwah.
  • Audio-visual - Video boleh dikatakan antara media yang paling berkesan, ia menarik, mudah difahami dan mudah diikuti berbanding dengan yang lain.



selamat berjumpa sekejap lagi....huhuhuuh...

BENTUK DAN PRINSIP KOMUNIKASI ISLAM

Posted by islam agamaku at 6:24 PM 0 comments
             Sebagai sumber tetinggi kepada umat Islam, al-Quran dan al-Sunnah dianggap membekalkan prinsip dan kaedah komunikasi secara menegak atau vertikal iaitu dengan Allah, dan berkomunikasi secara horizontal iaitu sesama manusia. Jelasnya terdapat dua bentuk hubungan komunikasi dalam ajaran Islam iaitu Hablu min Allah ( hubungan denga Allah) dan hablu min An-nas (hubungan sesama manusia). Penegasan kepada pentingnya mewujudkan komunikasi dengan Allah dibentuk melalui ibadah-ibadah fardhu seperti menunaikan sembahyang, puasa, zakat, haji dan sebagainya. Tujuan utama membentuk komunikasi dengan Allah adalah untuk membentuk taqwa iaitu sifat yang sentiasa menguasai perilaku indvidu agar bersikap seolah sepanjang masa.
Selain menjaga dan mengawasi perilaku dengan Allah, Islam menekankan agar hubungan sesama manusia perlu diwujudkan agar membentuk hubungan sosial yang disebut sebagai muamalat. Hubungan sesama manusia berlaku delam pelbagai aspek kehidupan seperti politik, ekonomi, sosial, seni dan sebgainya. Kedua-dua bentuk hubungan ini perlu ada supaya setiap individu Muslim boleh meneruskan kehidupan dalam keadaan seimbang atau sepadu dari segi jasmani dan rohani.

            Bagi  asas atau prinsip dalam komunikasi Islam yang telah diamalkan oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda dalam kehidupan dan menyampaikan risalah, amalan tersebut perlu dijadikan asas dalam pengurusan pentadbiran Islam kerana ia begitu berkesan sekali kepada komunikator. Sekiranya asas-asas tersebut dilaksanakan dengan tepat ia akan mempengaruhi tingkahlaku pekerja-pekerja dalam sesuatu organisasi. Keberkesanannya terbukti apabila Rasulullah s.a.w telah berjaya mempengaruhi dan menguasai masyarakat Badwi sesungguhnya pada mulanya mereka bersikap kasar, bengis dan biadap. Prinsip-prinsip tersebut antaranya ialah :

  • Bercakap dengan lemah lembut. Ini berdasarkan firman Allah s.w.t yang bermaksud : "Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui atas dalam kekufuran. Hendaklah kamu berkata kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut semoga ia beringat atau takut."
  • Menggunakan perkataan yang baik-baik sebagaimana firman Allah yang bermaksud :" Dan katakanlah kepada hamba-hambaKu (yang beriman) supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik...".
  • Menggunakan hikmah dan nasihat yang baik. Firman Alah : "Serulah ke jalan TuhanMu (wahai Muhammad) dengan kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik".
  • Menyesuaikan bahasa dan isi percakapan dengan tahap kecerdasan akal dan pandangan. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w bersabda : " Berbicaralah kepada manusia menurut akal (kecerdasan) mereka masing-masing".
  • Berbahas dengan cara yang lebih baik. Prinsip ini bersandarkan firman Allah s.w.t yang bermaksud : " ... dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu ) dengan cara yang lebih baik ...."
  • Menyebut perkara yang penting berulang kali. Prinsip ini bersandarkan kepada amalan Rasulallah s.a.w " Apabila baginda mengucapkan sesuatu kata-kata baginda mengulangi 3 kali sehingga kata-kata difahami".
  • Mengotakan apa yang dikatakan. Prinsip ini bersandarkan firman Allah s.w.t : " Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu memperkatakan apa yang kami tidak melakukannya".

 Kita selalu leka... manusia selalu leka..

 Termasuk individu yang sedang menaip blog ni..
Disebabkan terlalu banyak berkomunikasi, hah...inilah jadinya..uat kerja last minit..heheh...
Wallahuallam...:)
 

Islam Cahayaku Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez