Monday, March 21, 2011

MATLAMAT KOMUNIKASI ISLAM

Posted by islam agamaku at 5:34 PM
huh! penat berlari tolong kawan angkat baju tadi..nampak tak???? disebabkan komunikasi lah saya tolong kawan saya...cuba kalau dia diam..mesti saya tak faham apa yang dia cuba sampaikan....

saya masih lagi berjinak-jinak dengan blog ni..kalau tak disebabkan assignment, rasanya tak mungkin saya ada blog sekarang..huuuhuhu...

ok kawan-kawan..apa motif kita tahu pasal komunikasi ni?...huuuhuhuhuhuu....

Mengikut Islam,  terdapat 9 tujuan komunikasi. Ini termasuklah
Ø Memberitahu- menyampaikan maklumat kepada seseorang atau pun sebuah komuniti masyarakat tentang ajaran Islam yang merangkumi aspek akidah, akhlak dan sebagainya. Ajaran Islam juga bukan hanya tertakluk kepada umat Islam semata-mata, malah sesiapa sahaja yang berada di dalam dunia ini.
Ø Menerangkan- ia bermaksud memberitahu kepada semua tentang apa yang terkandung di dalam Al-Quran dan As-Sunah  dengan lebih jelas dan terperinci . Ini dapat mengelakkan kita dari tersalah tafsir akan sesuatu perkara.
Ø Memberi kefahaman – ianya penting terutama perkara-perkara yang melibatkan ayat-ayat suci Al-Quran. Tanpa kefahaman  dan pengetahuan yang cukup,kita akan mengalami kesulitan.
Ø Memberi ilmu- ilmu-ilmu yang dimaksudkan termasuklah ilmu fardu ain dan fardu kifayah. Komunikasi amat penting agar ilmu-ilmu ini disampaikan dan diamalkan oleh setiap umat Islam di dunia.
Ø Memberi petunjuk- komunikasi Islam juga penting agar dapat member petunjuk yang berguna kepada yang lain. Ini termasuklah cara-cara menunaikan  solat dengan betul, hokum-hukum agama yang wajib dipatuhi,  memberikan nasihat yangg berguna dan sebagainya.
Ø Menyeru kepada kebajkan- komunikasi adalah cara yang paling berkesan dalm menyedarkan manusia betapa pentingnya membantu golongan-golongan yang teraniaya dan memerlukan. Komunikasi dapat melahirkan rasa simpati yang mendalam kepada fakir-fakir miskin. Melalui komunikasi, golongan-golongan kaya juga dapat sama-sama berkongsi kekayaan yang dimiliki agar golongan miskin ini dapat merasai kenikmatan hidup didunia.
Ø Mengurus pemerintahan dan pentadbiran- melalui komunikasi yang berkesan, pemerintahan dan pentadbiran dapat dilakukan dengan mudah tanpa timbulnya sebarang konflik dalaman. Komunikasi ynag  berkesan antara majikan dan pekerja dapat menghasilkan kualiti kerja yang terbaik dan seterusnya memberi kesedaran kepada semua.
Ø memberi hikmah- komunikasi juga dapat digunakan untuk memberi pengajaran kepada manusia agar menjadi insan yang lebih sempurna. Sebagai contoh, dengan adanya komunikasi, pelajar yang degil akan dinasihati dan ditegur di atas kesalahan yang dilakukan.
Ø menyampaikan khabar gembira dan memberi peringatan-Komunikasi  dapat menyampaikan pelbagai khabar gembira seperti balasan syurga, memenangi tempat pertama dalam pertandingan yang disertai, kelebihan yang kita dapat jika berbuat baik dan sebagainya. Walaubagaimanapun, komunikasi juga akan memaklumkan kita tentang berita-berita buruk, balasan dosa atas perbuatan yang kita lakukan , dan sebagainya.
Namun begitu, manusia zaman kini telah lupa tujuan asal komunikasi ini diwujudkan,mereka menyalahgunakan komunikasi dan menggunakan ia untuk berbual atau berbicara tentang sesuatu yang sia-sia. Ini sememangnya bertentangan dengan  tujuan komunikasi dalam konteks Islam.
Diharapkan agar blog saya ni dapat dijadikan wadah agar rakan-rakan semua mengubah persepsi tentang erti komunikasi..assalamualaikum...

0 comments:

Post a Comment

 

Islam Cahayaku Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez