Saturday, January 22, 2011

mari-mari...baca-baca...

Posted by islam agamaku at 4:37 PM
sepatutnya dari minggu lepas dah kene update blog ni..tapi disebabkan wifi yang tak berapa nak ada...baru ni lar update blog ni...ada orang cakap blog saya ni macam blog budak-budak sebab gunakan perkataan 'kawan-kawan'....tapi pada saya, itu bukan satu masalah kan?
diorang yang cakap tu pun tah buat keja ke tidak...betul tak???

kita tinggalkan masalah tu...

kawan-kawan tau tak yang setiap apa yang kita lakukan dalam dunia ni...semuanya bersebab..macam itu juga dengan komunikasi Islam...apa tujuan komunikasi Islam????
 contoh tujuan komunikasi Islam adalah...:-

1) memberitahu - kita ni dalam berkomunikasi, kita jangan mengamalkan komunikasi yang sia-sia...sebagai umat Islam, dah menjadi tanggungjawab kita untuk memberitahu kepada seseorang individu ataupun masyarakat tentang ajaran-ajaran Islam....apa yang kita tahu, harus dikongsi dengan masyarakat sejagat. namun...ajaran-ajaran itu haruslah berdasarkan sumber Al-Quran dan As-Sunnah....

2) menerangkan- sebagai seseorang yang berpengetahuan dalam ilmu Islam, kita haruslah menerangkan secara terperinci tentang ajaran-ajaran Islam bagi mengelakkan salah faham dan mengakibatkan masalah dikemudian hari kelak.

3) memberi kefahaman- selain memberi penerangan...kita juga harus memberikan kefahaman kepada umat Islam agar mereka dapat memahami dan mengamalkan konsep Islam dalam kehidupan mereka seharian.

4) memberi ilmu- komunikasi Islam juga sebenarnya lebih dikenali sebagai komunikasi dakwah amat penting bagi menyampaikan ajaran Islam. Ajaran Islam ini mengandungi pelbagai ilmu pengetahuan seperti  ilmu-ilmu naqli dan juga aqli.

5) memberi petunjuk- sesungguhnya, komunikasi Islam amatlah penting bagi memberi tunjuk ajar bagi melakukan perkara-perkara yang terkandung dalam Al-Quran juga As-Sunnah seperti cara-cara menunaikan solat dengan betul.

6) menyeru kepada kebajikan - komunikasi Islam juga digunakan untuk menyedarkan golongan-golongan kaya bahawa mereka haruslah mengamalkan konsep sedekah bagi membantu umat-umat Islam yang kurang bernasib baik.

7)  mengurus pemerintahan dan pentadbiran- sebagai seorang pemerintah, mereka juga harus mengamalkan sistem perkomunikasian Islam bagi memerintah sesebuah negara dengan lebih berkesan.

8) memberi hikmah- memberikan kesedaran kepada golongan manusia yang melakukan kesalahan.

9) memberi khabar gembira dan peringatan- komunikasi Islam amat penting bagi menyampaikan khabar-khabar gembira seperti kelebihan berbuat baik dan nikmat syurga. komunikasi Islam juga boleh digunakna bagi menyampaikan peringatan seperti balasan kepada kejahatan yang kita lakukan.


sekarang dah jelas kan... siapa kate komunikasi ini sesuatu yang membuang masa??? jika digunakan dengan sebaiknya...insyaAllah...semua masyarakat Islam bakal mendapat keredhaan-Nya... Aminnnn.......
 

0 comments:

Post a Comment

 

Islam Cahayaku Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez