sepatutnya dari minggu lepas dah kene update blog ni..tapi disebabkan wifi yang tak berapa nak ada...baru ni lar update blog ni...ada orang cakap blog saya ni macam blog budak-budak sebab gunakan perkataan 'kawan-kawan'....tapi pada saya, itu bukan satu masalah kan?
diorang yang cakap tu pun tah buat keja ke tidak...betul tak???
kita tinggalkan masalah tu...
kawan-kawan tau tak yang setiap apa yang kita lakukan dalam dunia ni...semuanya bersebab..macam itu juga dengan komunikasi Islam...apa tujuan komunikasi Islam????
contoh tujuan komunikasi Islam adalah...:-
1) memberitahu - kita ni dalam berkomunikasi, kita jangan mengamalkan komunikasi yang sia-sia...sebagai umat Islam, dah menjadi tanggungjawab kita untuk memberitahu kepada seseorang individu ataupun masyarakat tentang ajaran-ajaran Islam....apa yang kita tahu, harus dikongsi dengan masyarakat sejagat. namun...ajaran-ajaran itu haruslah berdasarkan sumber Al-Quran dan As-Sunnah....
2) menerangkan- sebagai seseorang yang berpengetahuan dalam ilmu Islam, kita haruslah menerangkan secara terperinci tentang ajaran-ajaran Islam bagi mengelakkan salah faham dan mengakibatkan masalah dikemudian hari kelak.
3) memberi kefahaman- selain memberi penerangan...kita juga harus memberikan kefahaman kepada umat Islam agar mereka dapat memahami dan mengamalkan konsep Islam dalam kehidupan mereka seharian.
4) memberi ilmu- komunikasi Islam juga sebenarnya lebih dikenali sebagai komunikasi dakwah amat penting bagi menyampaikan ajaran Islam. Ajaran Islam ini mengandungi pelbagai ilmu pengetahuan seperti ilmu-ilmu naqli dan juga aqli.
5) memberi petunjuk- sesungguhnya, komunikasi Islam amatlah penting bagi memberi tunjuk ajar bagi melakukan perkara-perkara yang terkandung dalam Al-Quran juga As-Sunnah seperti cara-cara menunaikan solat dengan betul.
6) menyeru kepada kebajikan - komunikasi Islam juga digunakan untuk menyedarkan golongan-golongan kaya bahawa mereka haruslah mengamalkan konsep sedekah bagi membantu umat-umat Islam yang kurang bernasib baik.
7) mengurus pemerintahan dan pentadbiran- sebagai seorang pemerintah, mereka juga harus mengamalkan sistem perkomunikasian Islam bagi memerintah sesebuah negara dengan lebih berkesan.
8) memberi hikmah- memberikan kesedaran kepada golongan manusia yang melakukan kesalahan.
9) memberi khabar gembira dan peringatan- komunikasi Islam amat penting bagi menyampaikan khabar-khabar gembira seperti kelebihan berbuat baik dan nikmat syurga. komunikasi Islam juga boleh digunakna bagi menyampaikan peringatan seperti balasan kepada kejahatan yang kita lakukan.
sekarang dah jelas kan... siapa kate komunikasi ini sesuatu yang membuang masa??? jika digunakan dengan sebaiknya...insyaAllah...semua masyarakat Islam bakal mendapat keredhaan-Nya... Aminnnn.......
Saturday, January 22, 2011
Saturday, January 15, 2011
Jom Sambung Balik
Kawan-kawan tahu tak yang sebenarnya perkataan komunikasi ni berasal dari perkataan Yunani "communicare", yang maksud nye menjadikan sesuatu milik bersama.
Maksud komunikasi kalau ikut istilah konversional ialah penghantaran maklumat (information). Kalau orang kat Barat pula, komunikasi bermaksud penghantaran mesej atau maklumat yang ada kaitan dengan penghantar (sender), memancarkan (transmit), saluran (medium) dan penerima (receiver).
Tapi..yang penting untuk kita tau ialah pengertian komunikasi dari sudut Islam. :)
Komunikasi kalau ikut Islam ialah proses dalam menyampaikan utusan kepada seseorang atau masyarakat untuk dijadikan milik bersama tentang maklumat, pengetahuan, kemahiran, sikap dan kepercayaan berlandaskan syariat Islam.
Jangan ingat komunikasi tiada proses tau! Sebenarnya proses komunikasi Islam melibatkan :
Maksud komunikasi kalau ikut istilah konversional ialah penghantaran maklumat (information). Kalau orang kat Barat pula, komunikasi bermaksud penghantaran mesej atau maklumat yang ada kaitan dengan penghantar (sender), memancarkan (transmit), saluran (medium) dan penerima (receiver).
Tapi..yang penting untuk kita tau ialah pengertian komunikasi dari sudut Islam. :)
Komunikasi kalau ikut Islam ialah proses dalam menyampaikan utusan kepada seseorang atau masyarakat untuk dijadikan milik bersama tentang maklumat, pengetahuan, kemahiran, sikap dan kepercayaan berlandaskan syariat Islam.
Jangan ingat komunikasi tiada proses tau! Sebenarnya proses komunikasi Islam melibatkan :
- Hablul minal Allah ( komunikasi dengan Allah )
- Hablul minal Nas ( komunikasi dengan sesama manusia )
- Al-Muhasabah atau berhubung dengan diri sendiri
- Komunikasi dengan alam.
Apa yang dinyatakan adalah benar-benar belaka.. ini adalah melalui pembacaan saya... :)
Salam Perkenalan...
Assalammualaikum dihulurkan pembuka bicara...hahhaha...nampak macam budak baik kan??
sebenarnya tak tau leh tak guna bahasa biasa-biasa ni....
assignment yang kelas kita orang terima kali ni untuk assignment CTU271 ( Islam dan Komunikasi ) kali ni memang pelik sikit...disebabkan itu, terhasil lah blog saya ni...
Kita sebagai manusia, tak lari dari bercakap dalam satu hari...betul tak kawan-kawan?
jawab je betul...
Tahukah kawan-kawan, bercakap dengan rakan-rakan disekeliling kita, adalah salah satu proses komunikasi...
Komunikasi? apa komunikasi tu? macam pernah dengar..tapi dimana ya?
hah! sebenarnya, komunikasi ni aktiviti- aktiviti yang dah pun jadi tradisi dalam kehidupan dan cara hidup umat Islam.
Kadang-kadang kita tak sedar yang kita 24 jam berkomunikasi..komunikasi ini tak terhad antara komunikasi manusia dengan manusia saja.. Sesungguhnya, Islam menggalakkan umatnya untuk :
- Selalu berdoa kepada Allah S.W.T
- Salang kenal-mengenali antara satu kaum dengan kaum yang lain
- Saling memberi nasihat atas perkara kebenaran ( Haq)
- Berbincang dan menghormati pandangan orang lain, melaksanakan amalan Syura dan berbahas dengan cara yang baik.
- Memudahkan pertemuan dan percakapan dengan ucapan salam dan sebagainya.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud
" Telah kami turunkan kepadamu Al-Kitab, untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang berserah diri kepada Allah".
( Al-Nahl: 89)
Subscribe to:
Comments (Atom)