Saturday, January 15, 2011

Jom Sambung Balik

Posted by islam agamaku at 12:21 PM
Kawan-kawan tahu tak yang sebenarnya perkataan komunikasi ni berasal dari perkataan Yunani "communicare", yang maksud nye menjadikan sesuatu milik bersama.
Maksud  komunikasi kalau ikut istilah konversional ialah penghantaran maklumat (information). Kalau orang kat Barat pula, komunikasi bermaksud penghantaran mesej atau maklumat yang ada kaitan dengan penghantar (sender), memancarkan (transmit), saluran (medium) dan penerima (receiver).

Tapi..yang penting untuk kita tau ialah pengertian komunikasi dari sudut Islam. :)

Komunikasi kalau  ikut Islam ialah proses dalam menyampaikan utusan kepada seseorang atau masyarakat untuk dijadikan milik bersama tentang maklumat, pengetahuan, kemahiran, sikap dan kepercayaan berlandaskan syariat Islam.

Jangan ingat komunikasi tiada proses tau! Sebenarnya proses komunikasi Islam melibatkan :

  • Hablul minal Allah ( komunikasi dengan Allah )
  • Hablul minal Nas ( komunikasi dengan sesama manusia )
  • Al-Muhasabah atau berhubung dengan diri sendiri
  • Komunikasi dengan alam.
Apa yang dinyatakan adalah benar-benar belaka.. ini adalah melalui pembacaan saya... :)


0 comments:

Post a Comment

 

Islam Cahayaku Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez