Saturday, January 15, 2011

Salam Perkenalan...

Posted by islam agamaku at 11:46 AM
Assalammualaikum dihulurkan pembuka bicara...hahhaha...nampak macam budak baik kan??
sebenarnya tak tau leh tak guna bahasa biasa-biasa ni....
assignment yang kelas kita orang terima kali ni untuk assignment CTU271 ( Islam dan Komunikasi ) kali ni memang pelik sikit...disebabkan itu, terhasil lah blog saya ni...

Kita sebagai manusia, tak lari dari bercakap dalam satu hari...betul tak kawan-kawan?
jawab je betul...

Tahukah kawan-kawan, bercakap dengan rakan-rakan disekeliling kita, adalah salah satu proses komunikasi...

Komunikasi? apa komunikasi tu? macam pernah dengar..tapi dimana ya?
hah! sebenarnya, komunikasi ni  aktiviti- aktiviti yang dah pun jadi tradisi dalam kehidupan dan cara hidup umat Islam.

Kadang-kadang kita tak sedar yang kita 24 jam berkomunikasi..komunikasi ini tak terhad antara komunikasi manusia dengan manusia saja.. Sesungguhnya, Islam menggalakkan umatnya untuk :
  • Selalu berdoa kepada Allah S.W.T
  • Salang kenal-mengenali antara satu kaum dengan kaum yang lain
  • Saling memberi nasihat atas perkara kebenaran ( Haq)
  • Berbincang dan menghormati pandangan orang lain, melaksanakan amalan Syura dan berbahas dengan cara yang baik.
  • Memudahkan pertemuan dan percakapan dengan ucapan salam dan sebagainya.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud
" Telah kami turunkan kepadamu Al-Kitab, untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang berserah diri kepada Allah".
                                                                                                                                      ( Al-Nahl: 89) 




0 comments:

Post a Comment

 

Islam Cahayaku Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez